Tuesday, June 4, 2013

woman are tough!

Seindah Mawar

Salam:)..tajuk entry kali macam romantik je bunyi kan? korang semua layan je la k:)

Cinta itu kadang- kadang menyakitkan. Kenapa? Sebab terlalu banyak sakit hati, cemburu, marah yang akan kita rasa dan kita lalui. But once you take a decision to involve with love, you must bear with it. Sakit hati yang kita rasa sangat menikam jiwa dan terlalu sakit sampai berhari hari kita rasa sakit itu. Kenapa org yg kita sayang sanggup buat kita macam tu? Dia tak faham ke perasaan kita? Dia tak kenal ke kita ni macam mana? Perempuan ni hati dia lembut, once you hurt her, dia akan sedih sangat -sangat, tak boleh ke awk try pujuk dia at least mintak maaf dengan dia. For me, I'm very sensitive person bila ada orang marah aku tiba-tiba tanpa aku sedar yang aku silap. Tak boleh ke tegur aku perlahan-perlahan. aku bukannya keras kepala pun nak dengar nasihat orang. aku bukan jenis macam tu. Aku boleh accept nasihat org kalau dia tegur aku baik baik bukan marah -marah. aku benci org marah aku tiba-tiba. Melainkan aku dah degil sangat nak dengar nasihat orang,ok fine, that time kau boleh marah aku abis abisan. Faham?
Nk tegur org pun ada caranya. Kaum lelaki, korang sanggup ke buat wanita kesayangan korang nangis? Hmm?? Sanggup ke tgk dia setiap hari bangun dgn muka sedih,tidur dlm tangisan? Sanggup ke? Kalau betul awak sayang dia, awak tak akan biar dia macam tu.

Aku nk kongsi sikit Dr Muslih punya luahan hati dalam novel Cintaku Kerana Agamamu karya Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha. Dia cakap dia takkan sesekali sakitkan hati wanita kesayangan dia iaitu wife dia lah of course. Macam ayah dia buat. Walau hanya buat lawak bodoh nk kawin lg sorg! Dia tak kan pernah bergurau dan berlawak mcm tu kat isteri, why? Because dia taw tu hnya akan sakitkan hati isteri dia. Ayh dia pun tak pernah sebut mcm tu kt mak dia that's why ibu dia sentiasa percaya dan setia pd ayah dia. ,macam tu jugak Qaniah setia dan percaya pd dr farhan hadi.
So, hargai lah hati,perasaan dan diri pasangan awk. Ni bkn hanya untuk kaum lelaki tetapi jgk untuk wanita,gadis-gadis kat luar sana. Do care and respect others feeling, jgn nk suka suki je buat org sakit hati.

Org perempuan ni sabar dia luar biasa. Walau dah banyak kali disakiti dia tetap sabar dan memaafkan. Masyallah, kuatnya insan bernama wanita ni. Walaupun Allah bagi kekuatan fizikal itu pada kaum Adam tetapi kaum Hawa lebih kuat mentalnya berbanding lelaki. Hebatnya ciptaan Allah ni. Sebab tu Allah bagi wanita ni mengandung dan melahirkan anak. Sebab itu wanita ni sesuai jaga anak dan jaga suami. Sebab kesabaran yg luar biasa yg dimiliki oleh wanita. Wahai kaum lelaki,suami2 khususnya, sedar lah betapa hebatnya kuasa kesabaran isteri kalian. Betapa kuatnya hati si isteri melayan  mood suami yg kadang2 "ter" marah si isteri, meninggikan suara dan melayan si isteri acuh tak acuh. Kuatnya hati mereka kerana masih mampu tersenyum bersuara memujuk si suami. Kuatnya hati wanita di saat hatinya dirobek dihiris kata-kata bisa yg keluar dari mulut  sang pria. Kuatnya wanita disaat lelah dan penat mengurus kewajipan suri rumah, anak pula menangis memanggil. Betapa kuatnya wanita memikul tugas sebagai isteri, ibu, anak dan hamba ALLAH. Memastikan segalanya teratur, memastikan rumahtangganya bahagia, mawaddah dan sakinah, memastikan dirinya sentiasa taat perintah Allah yg satu, memastikan anak -anak tidak tercicir darpada pandangannya.

Hanya satu yg ku pinta darimu kaum Adam, hargai lah mawarmu jagalah hatinya siraminya dengan keikhlasan cinta dan kasih syangmu dan bajailah lah hatinya dengan keimanan dan ketaqwaan agar menjadi ketua bidadari yang anggun buatmu disana nanti.

She's sensitive but she are strong. She 's ordinary but she's special.


p/s: Ibnul Qayyim al Jauziyah, fitrah cinta hanya cenderung pada seorang kekasih:)

No comments:

Post a Comment

tinggalkan Nota Cinta anda,,terima kasih daun keladi...