Monday, December 11, 2023

Entering my 30 series

2023- I'm 29 years old
and soon, 2024, I will officially gonna be 30 series young girl. 

Actually tak tahu nak tulis apa, nak react macam mana sekarang ni. Hahaha sebab aku rasa macam biasa je. Age is just a number. 10 tahun yang dulu rasa berdebar sebab nak menginjak umur 20. Time tu memang eager, excited plus takut-takut nak teroka dunia baru. But overall Alhamdulillah, I passed it with flying colours. Gituhhh

20 tahun - 29 tahun ni, macam-macam aku belajar tentang kehidupan, kenal diri sendiri, tentang orang sekeliling, tentang apa itu takdir, kenapa kita diberi ujian dan pelbagai perkara baru aku dapat belajar. Betul lah, hidup ini nikmat dan tidak sia-sia. Allah bagi kita hidup, Allah ciptakan dunia ni bukan saja-saja tapi ada hikmah untuk setiap hambanya belajar.

Satu perkara yang aku dapat hikmah selama Allah panjangkan umur aku hingga hari ini ialah, Setiap ujian yang datang, setiap perkara yang kita takut nak hadapi, tu semua akan berlalu pergi, itu semua akan selesai juga. Jadi jangan takut, jangan rasa give up kalau kau ditimpa ujian besar atau kecil, jangan takut untuk hadapi apa yang ada depan mata, sebab semua tu akan settle juga. The heavy clouds surely pass. So, hadap je.

Dalam hidup ni juga, kau jangan bergantung terlalu kuat pada orang, jangan overly attach, be independent, berani buat keputusan, berani bergerak sorang-sorang. Kalau kau tak pandai berdikari, memang orang akan tinggal kau dan kau takkan mampu nak bangun berdiri lagi. Kalau macam aku, aku sedaya upaya pertahankan wall yang aku bina. Untuk kebaikan diri sendiri. Tapi bukan bermaksud sampai aku tak ada social interaction langsung. Tak. Aku still berkawan dengan semua orang, cumanya dari segi emotional attachment tu aku cuba kurangkan. Berkawan dengan semua orang, tapi tak semua tu bff. Faham tak? Bukan kita ni hipokrit. Cuma lebih memilih dengan siapa kita nak meluah cerita, dengan siapa kita nak menangis, kecilkan circle bff supaya tak tersalah pilih tempat bercerita dan supaya kita tak overly attach. 

Then, aku juga belajar untuk berani buat perkara baru. Actually part ini, aku bersyukur aku diberi ujian "heartbroken". Hahaha kalau tak kerana putus cinta, tak adanya aku akan jadi seorang CikYuyu seperti sekarang. You know what. Disebabkan putus cinta lah aku naik gunung. Terjebak dalam dunia hiking. Aku actually memang suka buat benda-benda lasak, tapi sebab ex tak pernah ajak hiking, so tak ada lah pergi hiking. Dia suka ajak aku jogging je. Aku tak suka jogging. Until now. Tapi kadang-kadang tu jogging la jugak untuk maintain stamina supaya tak semput nak hiking. 

Apart from that,banyak lagi perkara baru aku cuba and banyak new characteristic yang aku tanamkan dalam personaliti aku. Aku lebih berani keluar memana sorang. Sampai ada wishlist nak gi mana sorang-sorang. Yang paling bangga aku pergi weekend gateaway sorang kat Langkawi. It was soooo amazing gais. Aku happy gila! Luckily aku dapat parents yang sangat supportive. Restu dan doa makayah tu penting weh untuk pastikan kau selamat kat tempat orang. huhuhu. So now, aku tengah plan nak solo travel ke luar pulak. Dalam kepala rasa macam nak pergi Vietnam. Solo travel satu vietnam tu. Haaa. Insyaallah lagi 2 tahun. Nak cuti sebulan, so duit kena banyak lah kan. Sabajap ehh kita nabung dulu sisturrr.

Tak lupa juga, jatuh cinta pada orang baru. hahahahah. Ye aku tahu cringe gilerrr kan. hahah tapi takpe tu normal lah. Maksudnya aku ni still terbuka hati untuk kenal orang baru, keluar dengan orang baru dan aku bukan benci semua lelaki. Haaaa. Aku still lagi seorang perempuan yang emotional stable dan tak anggap lelaki semua sama. Hhahahah. Bab perasaan ni aku belajar yang perasaan tu tak boleh dipaksa. Kadang kita suka dia, tapi dia tak suka kita, dia suka orang lain. So kita mampu crush dalam diam je lah. Ataupun ada orang suka kita, tapi kita pulak yang anggap dia tak lebih dari kawan biasa. huhuhu. Dan ada juga, at first kita rasa dia kawan biasa je, lepas kita dah reject dia, baru sedar yang kita pun ada perasaan suka kat dia but dah tak boleh buat apa, sebab dia dah gone, dah move on. Haaa padan muka ekauuu. hahaha. So kita guna lah ayat, tak ada jodoh, untuk sedapkan hati. huhu. 

Entahlah, aku ni kadang rasa selesa single, tak ada commitment, tak perlu nak jaga hati sesiapa, boleh keluar sana sini tanpa perlu nak inform sesiapa, boleh lepak dengan kawan lelaki suka hati je tanpa perlu nak hadap boyfriend jealous ke marah ke. Tak perlu nak reply text, on the phone setiap malam. Aku rasa rimas. But somehow, aku teringin juga nak ada someone to talk, someone to gaduh and 5mins later gelak sama-sama sebab lawak bodoh, someona yang have same frequency dengan aku, yang suka layan aku hiking, camping, pergi melagha but at the same time, yang ada tujuan untuk perbaiki diri, ilmu dunia, ilmu akhirat sama macam aku. Entahlah. Aku tengok orang lain senang je jumpa pasangan yang sesuai, tapi aku ni haishh susah betul. Kadang dah jumpa depan mata, tapi orang tu tak suka aku. Tanpa perlu aku confess pun dah tahu dia tak suka aku, aku bukan taste dia. Tengok-tengok dia dah tunjuk girlfriend dia. huuuuu sedih betul. Ada yang datang cakap suka aku, tapi aku baru reject sekali, dah give up, dah hilang begitu saja.. Hmmmm. Kita nak tengok usaha dia. Aku berharap gini jelah, moga one day ada yang datang terus cakap "jom kawin, aku nak kawin dengan kau". gituh. Tapi of course lah seseorang tu mesti orang yang aku berkawan, but strangers memana hala jee. Aku tak desperate macam tu, aku cuba berharap antara orang-orang yang aku berkawan tu adalah yang serius nak bina masa depan untuk layan karenah aku sampai tua. Gitu. Simple je. Tapi tak berharap, kalau ada, adalah. Kalau tak ada, aku no hal. Aku tetap akan jadi single crazy rich aunty who rarely come home and travel here and there. 

Panjang betul bebel. So conclusionnya,

Moga diusia 30 series, aku dapat jalani kehidupan dengan lebih baik, lebih bahagia. Jalani hidup dengan tenang, seadanya, jangan berhenti meneroka, jangan berhenti berpetualang, kejar cita-cita yang bermanfaat, moga aku dapat terus berbakti pada keluarga dan mereka yang sayang aku, dan moga aku juga dapat bagi kasih sayang pada orang-orang yang sayang aku. Tu je. Moga lancar segalanya untuk aku. Moga selepas ini semua takdir-takdir yang membahagia saja yang hadir. Aamiiinn. Jumpa lagi 10 tahun akan datang. Moga dipanjangkan umur, Aamiinn

Dear 30's Nuyu,
kau dah berjalan jauh untuk sampai ke hari ini, segala kebahagiaan, kesedihan, hancur yang kau rasa sebelum ni, menjadikan kau yang hari ini. Remember how tough it is for you to become HER, like today. :)

Dear my future 40's Nuyu,
I'm really sure kau dah dapat capai cita-cita kau sekarang. Kau dah dapat rumah idaman kau, kau dapat buat kerja yang kau suka dan paling best, kau dapat travel banyak tempat dah. Live your life to the fullest. Say thanks to your younger self, sebab kalau dia give up, mesti kau takkan berada di mana kau ada sekarang. Bersyukur dengan apa yang berlaku, bersyukur dengan apa yang kau dapat. :)

love,
nuyuu
(2138hr @ 11/12/23 @ 29y/o)