Thursday, December 5, 2013

betul la pendirian aku selama ni.

jangan percaya kawan 100%..kecuali FAMILY & Mr.A

aku terharu!
sebab prinsip aku tu betol. dr dulu lagi sebenarnya betul.
dari sekolah lagi aku da sedar hal ni.
 until now pun,yup..still believe what i am believed.

kau ada bestfriend or sss, ye,,best friend or bestfriendss kau tu tak semestinya BESTTT dlm semua perkara. maybe dye tu bestie kau dalam bab bershopping, sharing the same hobby, what you loved or you both bestie dlm bab bergossip. TAPI
 tak semestinya kawan kau tu BESTTTT dlm bab menyimpan rahsia.
korang faham kan maksud aku?

since school until now, i've learn so many things called "FRIENDSHIP". AKU PERCAYA DGN PRINSIP AKU. that's why aku ada gap dgn kwn2 aku. mmg sometimes aku bley bkongsi cerita dgn dorang but ada yg sedikit cerita tu aku simpankan.
kawan-kawan sekolah & kawan-kawan kolej.

dorang baik. aku tahu tu. selalu tolong aku. aku je yg tak pndai berterima kasih.

but ada jugak kawan yg buat aku jadi lagi percaya dgn prinsip " don't trust ur friend 100%".

aku tak marah sgt. terkilan tu ada. tapi aku terkejut sgt.
sebab ap??

"JANGAN PERCAYA KAWAN 100% KECUALI FAMILY &MR.A"

prinsip aku betol.

:)..assalamualaikum


p/s: aku patut cerita kan ni kt adik2 aku. sebab dorang tak percaya dgn prinsip aku

Thursday, November 28, 2013

tengah borak-borak ngn kawan
then aku tanya satu soalan yg agak pelik
"bila aku nk jadi perempuan niih..
i mean perempuan yg dewasa"
aku tanya kawan-kawan aku
yaya's said: u already perempuan lah yue. sbb kau da ad boyfren
aku jawab: what i mean is to be a lady
then, faeizah's said
 " kau perempuan lah
kau ni keibuan dannn
kegilaan
dan 
kau manja!"
:p
ihiks!

ok,bye! tu je.
assalamualaikum~




this blog post special credit to you my friend>> rekkidbiru
stop by a minute at her blog okey:)




aku memerhati sekeliling 
memerhati ke arah meja itu
menelaaah sikap perempuan-perempuan yg sudah bergelar
 isteri, ibu, tunangan orang, pekerja yg cekap boleh aku katakan
cara mereka berbeza dgn cara aku 
yup,i am still in student attitude
cara bercakap, topik yg dibahaskan
berbeza sekali dgn aku
 bercakap soal anak, gaji, rumahtangga, brg dapur, perabot rumah, pengasuh, sekolah anak2
aku hanya diam dan dengar 
sambil mata menilai sisi luarannya
hermm,,sesuai dgn karakter wanita dewasa
terpikir juga dlm benak
mungkin suatu hari
aku akan berada di situasi ini lagi
ya, kau akn  berada disini lagi 
suatu hari nanti.

ku pandang lagi perempuan lain
matanya melilau mencari sesuatu
umurnya hanya dua tahun berbeza dr aku
tapi karakter nya tak seiras aku
masih bujang, masih setahun jagung kerjayanya
sekarang dia sudah dewasa
bergelar perempuan
bukan lagi remaja yg digelar pelajar
terpikir lagi dibenakku
mungkin aku akan menjadi sepertinya nanti

dari kanak-kanak,
remaja
yet still in student attitude
dan beralih ke dunia kerjaya
menjadi 
PEREMPUAN

kalau aku bisa bina garis masa
kau pasti membuka matamu melihat lakaran kehidupan manusia 
ya, lakaran diri aku, diri kau, diri dia
betapa pandainya diri manusia berubah mengikut peredaran masa 
beralih dari satu dunia ke dunia yg lain

tapi ingat,
jangan kau ragut ciri istimewa diri kau
manusia cepat berubah
tapi kadang-kadang perubahan itu
menyakitkan. 
menjadi rasional dalam berfikir,
cekap dlm bekerja
tegas dan matang dlm bertutur
tapi kekalkanlah
kemanisan dan "kegilaan" yg ad padamu
duhai remaja, perempuan, wanita 

:)

Thursday, November 7, 2013

Holiday @ JOHOR part 1

Assalamualaikummm:)

rini,cikyue nk share ngn korang memori time holiday kat Johor last week. amboiiii,,,cuti sakan nmpak cikyuyue yerr. alahh,sekali sekali isi masa pergi jenjalan tempat orang,ye idok? haa,bley la jgk kenai2 tempat oghang. al maklumlah cikyue awok ni bknnye penah jejak kaki kat negeri Johor ni.
actually, cikyuyue pergi ngn kawan .*bukan BF yer anak2 sekalian,,choi taw sakat cikyuue cmtu.huhu*.. pergi dgn gf je (khalida & yati).,,tiga lah termasuk cikyue. kebetulan pulak kawan cikyue ni mmg rumh dye kt johor. so, alang2 dia nak balik bercuti kt sana, kitaorg pun join lah sekaki. peluang yg ada jgn ditolak, tak gituuu? haa:D

kitaorg bertolak from TBS dlm kul 12 malam and smpai Kota Tinggi dlm pukul 4.30pg. rehat2 jap,then dlm kul 10 mcm tu kitaorg kluar pergi jenjalan pusing2 bandar Kota Tinggi. Pergi Kipmart cari pisang sbb nk masak kek pisang katanyer Yati, then, jln2 masuk kluar kedai yg ad kt situ. yg paling best ialah kwn cikyuyue bawak pergi mkn roti Poori! ni first time cikyue try mkn roti poori. sedappppp! roti nye mcm lembut2 gitu. selama ni mmg seriously cikyue tak penah makan. kalau roti tempayang, capati tu penah lah rasa. mmg sodapp lah katanya:D. terbaekkk! oh,btw,,kt Kipmart ad satu kedai yg jual bahulu dlm bekas besar. sedapp baulu tu. sesape yg dekat ngn kipmart ni boley la try beli baulu tu.:). kt situ pon byk jgk kdai2 jual tudung & baju cantek2.

then, tghari kitaorg balik umah utk lunch. Petangnya, ayh Khalida bwk kitaorg jenjalan kat area Nusajaya. singgah sekejap kat tepi jln otw nkg Danga Bay. so, bley nmpak lah Singapore dr situ:)..first time jgk tgk Singapore. hehe. Ptg tu cuaca tak brp elok sgt. so, x dapek ler nk tunjuk gmbarnya kt korang. soryy.. kalau korang drive n berhenti je kat tepi jalan before masuk Danga Bay pun da bley nampak Singapore tu. korang akn nmpak jgk Tambak johor, Railway kereta api yg menuju ke Singapore and akn npk jambatan yg hubungkan M'sia & S'pore. seriously sesak gilerr jln from S'pore nk masuk M'sia. betapa ramainya org sana nk masuk negara kita. aku pun tak tahu sebab ap.

then, pergi Putri Habour. time tu hujan. so singgah sekejap je. tapi nampak kapal-kapal byk kat sana. yg tempat Hello Kitty pun cikyue tak masuk. Insyaallah len kali. then, kitaorng ad jgk singgah kt Legoland tp x masuk lah. insyaalah next time la kot. teringin jgk nk main2 dlm tu.huhu

before balik tu, kitaorg singgah jap kat Angsana Mall. cuci2 mata. tak beli apa2 pun. makan aiskrim je. hahah:D..singgah jgk dkt masjid (x igt nme ap) masjid tu berhadapan ngn Zoo Negara Johor . ad sesape taw x masjid tu nama ap? cikyuyue lupaaa

haa,, satu lagi kisah menarik yg jgk first time cikyue penah dgr. iaitu kisah Villa Nabila. korang penah dgr x?? ni si Khairin yg cerita kan. otw jalan ke Danga Bay tu mmg akan nampak villa ni atas bukit, kaler putih. kisahnya agak menyeramkan dan menyedihkan. so, kalau nk taw, korang bley la ty chekgoogle yer.

Last but not least for today, kitaorg pergi makan2 kt satu kedai area Kota jgk. kedai tu biasa2 jer, tapi selalu je ramai orang kat sana. makanan nye pulak superbbb sedapp. nak2 lagi seafood. dh lah  cikyuyue korang ni hantu seafood. huhu. mmg kenyang la makan mlm tu. antara menu yg kitaorg mkn mlm tu ialah ikan masak sweet sour, ikan steam sweetsour jgk, sotong celup tepung then yg plg eksotik ialah siput lidah. ad yg penah dgr siput lidah x? or ad yg penah mkn ke? ni first ttime cikyuyue try siput ni. sedapppp! isinye lembut kenyal2 gitu. wlupun agak seram tgk mulut siput tu yg mcm alien but kuatkan jgk hati ni nk rasa. hehe. :D. best kottt. nanti try la k. lagipun sesuai lah ngn pmilik blog "CikSIPUTsoda" ni.hihiks! ssuai sgt la mkn siput tu.:D

haaa,,,da pack satu hari. hehe. penuh betol jadual kitaorng. apa pun puas ati dpt pergi jln2. nanti next time cikyue share pulak aktiviti hari kedua kitaorng. pack jgk harinya. huhu. tungguuuuu~;D

ni khaidir. @ PutriHarbour

kat luar Legoland


Friday, October 25, 2013

Shiseido Mask- For the first time~

Ari ni cikyue nak share testimoni diri cikyue sendiri for the first time pakai mask ni!!!..gempak x gempak?? first time hokeyyyy pakai ni, selama ni puN mmg jarang tersangat lah jarang pakai mask. wahahaa:D

1) bLACK Mask

yang ni black mask. firstly pakai rasa berangin je muka. sejukk!. best sgt2 taw korang. hilang semua stress n penat yg kita rasa. haa,gituuu. cewahh!. 
nak pkai pun senang sebab mask ni jenis cecair taw bkn jenis yg kain mcm mask biasa tu. so korang dapat la pkai kat kawasan mana yg dirasakn perlu. nk pkai seluruh kawasan muka pun lg bagus. 
then, disebabkn mask ni jenis liquid so, mask ni akan ikut saiz muka kita, kalau jenis yg kain tu kan ianya besar, lebar and tak ikut bntuk muka.
after 15 min- 30 min pakai,bila da kering,korang bley tarik mask tu perlahan2, a little bit sakit kalau pkai kt tempat sensitive cthnya bahagian bawah mata. so,pleaseeeee,,,x yah la pkai bawah mata. lbh baik guna eye mask. (lps ni nk bg testimoni tuk eye mask pulak. tunguuuu;))

hasilnyooo:

dan bila da bukak mask tu, hasilnya ialahhhhhhhhhh korang akn nampak white head yg terkeluar dari liang2 pori. so tu maknanya mask korang tu da berjaya mengurang masalah white head and black head pd wajah kita!:) 
cikyuyu da berjaya, anda bila lagi???
*hokeyyy,,ni ayat promote.wehehe*


2) Naturgo



Yang ni pulak produk namanya naturgo. mask ni kita apply after da pakai black mask kat atas tadi. mask ni lebih untuk menutup liang2 pori yg da terbuka tadi. so, kulit akan rasa lbh licin dan lembap. seriously, cikyuyu tak tipu. mmg best sgt pakai mask ni. rasa licin je kulit especially kt bahagian hidung. sbb cikyue ni ad masalah whitehead kt hidung. 
mask ni jugak jenis cecair but tak terlampau pekat macam black mask sebab mask ni kan untuk menutup pori2 and lembapkan kulit. 


so, korang bley la try black mask and naturgo mask ni. 
haa,,meletopp la korang nanti
cantik berseri-seri gituuuu~ 
masalah pun da selesai, jiwa tenang, hati pun gummbira:D

<xoxo, cikYue>

Friday, October 4, 2013

petua Awet Muda


Awet Muda

  1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. 
  2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
  3. Amalkan surah yusuf, waqiah dan jgn lupa selawat ke ats nabi byk2. di samping mendapat pahala.
  4. PENTING!!! minum air masak sbanyak 8 gelas sehari @ 2 liter setiap. tubuh kita memerlukan air yg cukup utk metabolisme dan utk elakkan daripada dehydration( kurg air). 
  5. Amalkan makan buah-buahan terutamanya sebelum tidur, minum jus lagi bagus sebab cecair lg cepat diserap oleh tubuh berbanding pepejal. buah- buahan penting utk memudahkan proses perkumuhan dan mengelakkn diri dari sembelit.
  6. buat semanan ringkas selepas bangun tidur, sebagai latihan rengangan.
  7. jgn lupa amalkn pemakanan sihat dan diet yg seimbang. kecantikan bermula dr dalam:)
  8. untuk elakkan perut buncit, elakkan makan makanan yg berat ketika peur kosong dan lapar kerana khuatir akn mnyebabkn perut kembung. then, jgn minum air selang seli ketika makan
  9. jgn lupa SENYUM:))))))..senyum bukan sahaja sebagai pemanis muka bahkan sebagai senaman utk otot2 wajah supaya tidak cepat berkedut dan kusam:)
  10. Doa jgn dilupa, solat jgn tinggal dan wudhuk diambil dgn betul,barulah kecantikkan asli itu dapat dikekalkan:)\
  11. jgn lupa juga amalkan supplemen vitamin C,B&E, serta amalkan juga Habbatus Sauda (utk kesuburan, mngubati masalah kewanitaan), zaitun (utk kulit muka yg berseri, rambut dan kuku yg kuat), kismis( mencerdaskn minda, mencerahkn mata) dan halba.( boleh dimasukkn dlm makanan, melawaskn sistem pencernaan,), madu. 

Saturday, September 28, 2013

grey's flat shoes
yg tak penah matching dgn oufit
baju kurung simple
with tudung pin kt depan
sling bag in peach colour
handsocks colour pelik2,yg tak matching pon ngn baju,
agak kampungan penampilan aku!
masuk kedai Coach, VS pun tak lepas agaknya
pakcik guard and makcik seller
pandang sinis je
agak2 dorg,aku ni pelik
macam pesalah.
hello makcik!
apa pandang2??
dlm beg ai byk fulus taww
haha.!
kluar dr "syurga" itu
dgn langkah berlagak.
huh!

jangan kawan dgn aku,
aku simple tahap paling simple
harap maklum
sila mundur,



:) assalamuaikum!