Friday, October 25, 2013

Shiseido Mask- For the first time~

Ari ni cikyue nak share testimoni diri cikyue sendiri for the first time pakai mask ni!!!..gempak x gempak?? first time hokeyyyy pakai ni, selama ni puN mmg jarang tersangat lah jarang pakai mask. wahahaa:D

1) bLACK Mask

yang ni black mask. firstly pakai rasa berangin je muka. sejukk!. best sgt2 taw korang. hilang semua stress n penat yg kita rasa. haa,gituuu. cewahh!. 
nak pkai pun senang sebab mask ni jenis cecair taw bkn jenis yg kain mcm mask biasa tu. so korang dapat la pkai kat kawasan mana yg dirasakn perlu. nk pkai seluruh kawasan muka pun lg bagus. 
then, disebabkn mask ni jenis liquid so, mask ni akan ikut saiz muka kita, kalau jenis yg kain tu kan ianya besar, lebar and tak ikut bntuk muka.
after 15 min- 30 min pakai,bila da kering,korang bley tarik mask tu perlahan2, a little bit sakit kalau pkai kt tempat sensitive cthnya bahagian bawah mata. so,pleaseeeee,,,x yah la pkai bawah mata. lbh baik guna eye mask. (lps ni nk bg testimoni tuk eye mask pulak. tunguuuu;))

hasilnyooo:

dan bila da bukak mask tu, hasilnya ialahhhhhhhhhh korang akn nampak white head yg terkeluar dari liang2 pori. so tu maknanya mask korang tu da berjaya mengurang masalah white head and black head pd wajah kita!:) 
cikyuyu da berjaya, anda bila lagi???
*hokeyyy,,ni ayat promote.wehehe*


2) Naturgo



Yang ni pulak produk namanya naturgo. mask ni kita apply after da pakai black mask kat atas tadi. mask ni lebih untuk menutup liang2 pori yg da terbuka tadi. so, kulit akan rasa lbh licin dan lembap. seriously, cikyuyu tak tipu. mmg best sgt pakai mask ni. rasa licin je kulit especially kt bahagian hidung. sbb cikyue ni ad masalah whitehead kt hidung. 
mask ni jugak jenis cecair but tak terlampau pekat macam black mask sebab mask ni kan untuk menutup pori2 and lembapkan kulit. 


so, korang bley la try black mask and naturgo mask ni. 
haa,,meletopp la korang nanti
cantik berseri-seri gituuuu~ 
masalah pun da selesai, jiwa tenang, hati pun gummbira:D

<xoxo, cikYue>

Friday, October 4, 2013

petua Awet Muda


Awet Muda

  1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. 
  2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
  3. Amalkan surah yusuf, waqiah dan jgn lupa selawat ke ats nabi byk2. di samping mendapat pahala.
  4. PENTING!!! minum air masak sbanyak 8 gelas sehari @ 2 liter setiap. tubuh kita memerlukan air yg cukup utk metabolisme dan utk elakkan daripada dehydration( kurg air). 
  5. Amalkan makan buah-buahan terutamanya sebelum tidur, minum jus lagi bagus sebab cecair lg cepat diserap oleh tubuh berbanding pepejal. buah- buahan penting utk memudahkan proses perkumuhan dan mengelakkn diri dari sembelit.
  6. buat semanan ringkas selepas bangun tidur, sebagai latihan rengangan.
  7. jgn lupa amalkn pemakanan sihat dan diet yg seimbang. kecantikan bermula dr dalam:)
  8. untuk elakkan perut buncit, elakkan makan makanan yg berat ketika peur kosong dan lapar kerana khuatir akn mnyebabkn perut kembung. then, jgn minum air selang seli ketika makan
  9. jgn lupa SENYUM:))))))..senyum bukan sahaja sebagai pemanis muka bahkan sebagai senaman utk otot2 wajah supaya tidak cepat berkedut dan kusam:)
  10. Doa jgn dilupa, solat jgn tinggal dan wudhuk diambil dgn betul,barulah kecantikkan asli itu dapat dikekalkan:)\
  11. jgn lupa juga amalkan supplemen vitamin C,B&E, serta amalkan juga Habbatus Sauda (utk kesuburan, mngubati masalah kewanitaan), zaitun (utk kulit muka yg berseri, rambut dan kuku yg kuat), kismis( mencerdaskn minda, mencerahkn mata) dan halba.( boleh dimasukkn dlm makanan, melawaskn sistem pencernaan,), madu. 

Saturday, September 28, 2013

grey's flat shoes
yg tak penah matching dgn oufit
baju kurung simple
with tudung pin kt depan
sling bag in peach colour
handsocks colour pelik2,yg tak matching pon ngn baju,
agak kampungan penampilan aku!
masuk kedai Coach, VS pun tak lepas agaknya
pakcik guard and makcik seller
pandang sinis je
agak2 dorg,aku ni pelik
macam pesalah.
hello makcik!
apa pandang2??
dlm beg ai byk fulus taww
haha.!
kluar dr "syurga" itu
dgn langkah berlagak.
huh!

jangan kawan dgn aku,
aku simple tahap paling simple
harap maklum
sila mundur,



:) assalamuaikum!

selekeh sehhh~ lalala

just a simple outfit everyday.
pergi kelas, baju kurung with tudung bawal ikut colour baju tu pun if aku rajin nk iron tudung :p. or pkai tudung bawal hitam kesayangan aku. (yg ni tudung the best everrrr bcoz tak payah iron, unless klu da berkedut seribu tu mmg patut lah di iron kn, yedakk? huhu.

simple outfit for weekend

skirt plus with blouse yg mama aku jahitkn.(loveeee them muchh! because it's very comfortable and ikut saiz badan betol2, xbesar sgt and xkecik sgt. nk tempah ke?? bley ajerrr:)).// or aku pkai je blouse yg dibeli.
pilih tudung pun ikt kerajian aku. haha. *okeyyyyy,nampak disitu kemalasan aku*
skirt pun kadang2 kalau aku nk simple, aku just pkai black skirt,once again from my mum:). simple but nice. kalau aku rajin, aku akan pkai skirt denim yg ala2 A cut, skirt ni kena pkai belt sbb longgar,huahuahua. lastly, kalau aku rasa nk cantik sikit, aku akn pkai skirt cinderella,,but kwn aku cakap,skirt ni mnyusahkn dan membahayakn. sebabnyaaa, dorg da byk kali terrrrpijakkkk skirt ni. hahaha. lawak!. kalau turun tangga, kwn aky mesti perli cmni, "amboiii yue,da bersih dah tangga ni kau sapu" sengal laaa dorg ni.hehe.

tu lah aku. simple outfit but kadang2 kwn aku ckp, aku suka pakai colour yg pelik2..hmmmmm:/...hihi. cantik pe pakai colour2 pelik, hehe. lawak je. ntah ;ah, maybe sebab aku ni pelik kot.^^,

lastlyyyyyy,,,,

 "selekeh itu sweet;) ihiksss!"

siapa setuju angkat tangannnnn! siapa tak setuju, sila muntah hijau. hehehe :0

Friday, September 27, 2013

jaga hati

assalamualaikum.

sometimes jadi selfish pun ok gak kn? sebab ap? sebab,kdg2 buat ap kita nk fikir sal org lain , kalau org lain tak penah fikir sal kita. but,as a human yg ad tahap budi bahasa yg tinggi dan akal yg waras, xkan kita nk jd selfish and biar org lain susah sengsorang kn?? tak adil la cmtu. Allah bg kita kelebihan dan rezeki tuk kongsi ngnn semua org. bkn "makan" sorang2.

manusia ni semuanya baik. mmg baik. tapi yg mbuatkan kita sometimes good and sometimes bad because of people surround us. the way they treat you, talked to you and what they do to us. manusia ni ada hati, hati yg cepat terasa, cepat terluka, mulut yg tak terjaga smpai nk bergurau pun bley mnyakitkan hati org lain. aku kadang2 pon suka jgk sakitkn ati org,kdg2 kita tak perasan every single word yg kuar dr mulut tu menyakitakn hati dan telinga org yg mendengar. lps tu, ,mulalah terasa ati lah gaduh lah. haishh! aku pun jns yg terasa ati jgk. kdg2 nk marah tp diamkan je sbb sakit ati tu kita bley ubatkn sndiri. depend on you. kalau kau nk panjangakn ukhwah kau ngn org lain, please be bear with them. Diam bila org sakitkn ati kita. but nice person also have a limit:')..right? sabar itu ada had. kalau da tak tahan sgt sakit ati, trus terang je. senang.

dosa dgn Allah, insyaallah bley bertaubat dan Allah itu maha pengampun lg maha penyayang. tp dosa dgn manusia, pndai2 lah mintak maaf ngn org tu ye:)

Tuesday, September 3, 2013

kadang-kadang 
bila kita dah terlampau 
banyak buat salah
kita tak tahu nak cakap apa
nak terangkan macam mana pun tak tahu
Diam.
Minta maaf.
itu lebih baik buat aku.

salah manusia banyak sebab
maafkan manusia pun perlukan waktu
tuk berfikir
ibarat tengah layan 
masalah politik,
mungkin!
biarkan atau maafkan?
mana satu kau pilih
atau mungkin kau lebih rela pilih
bermasam muka btikam lidah
ibarat arena debat tiada penghujung

maka fikir,
pilih lah maaf.
itu lebih menenangkan.


:)* lempar senyuman palsu*

Friday, August 30, 2013

merdeka dot dot dot

assalamualaikum:)

da lama tak bersua muka ngn korang kan? *walaupun mmg tak pernah.hihi*..hope semua sihat-sihat belake.

30hb 8 adalah hari MERDEKA! alhamdullilah,,hari ni cikyuyue dah merdeka dari Mid Sem exam. hihi. lega sesangat hati ni haa. tido malam pun da lena. so, untuk meraikan Hari Kemerdekaan Exam hari ni, cikyuyue and the geng pegi jenjalan kat Mid. release tension la katakan. ada yang pegi tgk wayang but cikyuyue tak pegi pun. taw tak pegi mana? haaa,jeng2!

kitaorng pegi window shopping mcm mak2. tgk kabinet, tgk pinggan mangkuk,set bilik tidur, alat2 elektrik, langsir, bunga hiasan. TV pon kteorg survey taw. pastu,siap bincang lg nak beli barang2 tuk kawin nanti, nak deko rumah macam mana, walaupun lambat lg nk kawin. haha. lawak je sensorg ni.:D. n then, penat dah jenjalan,kteorng pun balik hostel.
the end~ cara release tension gaya cikyuyue.ihikss!

p/s: selamat hari kemerdekaan buat malaysian:). alhamdulillah negara kita semakin maju,yg plg penting,kekalkan kedamaian dan perpaduan. orait?:). salam.