Monday, December 11, 2023
Entering my 30 series and letter for my future 40s ~~
Saturday, June 26, 2021
Rasional dalam memilih pasangan
Saturday, June 19, 2021
Bilamana..
Bilamana aku suarakan
Aku tiada masa
Ketahuilah
Kau bukan prioriti aku lagi.
Jika diam aku
Buat engkau tercari
Ketahuilah
Kau tiada lagi penting bagi aku.
Bila engkau
Tidak ku cari
Setiap hari
Ketahuilah
Hati ini telah mati.
THE END-
ezzraezani
19062021
Positivity !
If you want to be really happy,
Give THANKS.
That's the secret.
Happy people are grateful people.
So spend time in gratitude
Spend time in intention
And expectation
For what a great day
Today is going to be.
Feed your mind with something positive
Read or listen to something uplifting
Something that will grow
Your mind and spirit
You attract your intentions
You attract your beliefs
You attract what you feel
So, GET UP !
And feel good.
-ezzra ezani-
19062021
Wahai Diri- Hati ibarat Gelas
Wahai Diri
Sentiasalah bangkit bertemu hari esok
Dalam kegigihan dan kekuatan tak bertepi
Berbekal secebis semangat yang tertipis
Melangkahlah dengan yakin.
Wahai Diri,
Sentiasalah jaga hatimu,
Hati itu ibarat gelas,
Sentiasa penuhkan dengan kecintaan terhadap Dia,
Agar tidak diretakkan sewenangnya oleh manusia.
-Ezzra Ezani-
190621
2336
Friday, May 4, 2018
Saturday, April 21, 2018
Thursday, April 19, 2018
Its okay then.
Kadang penat asyik nak comfort kan hati sendiri.
Orang berburuk sangka kat aku
Caci maki aku
Ya. Memang la hati aku macam iron man.
Tapi tak bermakna kau boleh tembak tumbuk calarkan lukakan dan pecahkan hati aku macam tu je sesuka hati kau.
Aku sendiri tak sanggup nak buat macam tu kat kau
Tapi kau?
Kau lupa ke setiap patah kata yang keluar dari mulut kau tu untuk caki maki aku? Hati kau dah cukup keras macam batu ke untuk ada rasa bersalah?
Ya betul la. Aku bodoh.
Sebodoh-bodoh aku pun, aku tak pernah nak "membabikan" orang.
Monday, April 9, 2018
Live the life babe!
So do i.
Siapa je yang plan hidup dia akan bengkang bengkok. Semua orang nak smooth je. Dulu aku pernah (time 15's) buat life path planner. Aku nak PMR 8As. SPM 9As. Then fly to oversea sambung Biomedic. And then kerja. But well,, its all my plan. Kalau bukan takdir dan jodoh kita untuk ke situ, tak akan jadi jugak. Allah dah tentukan plan baik punya untuk kita. And Alhamdulillah. Aku terima seadanya apa yang ditentukan, even dulu aku banyak kali nangis, salah kan diri sendiri sebab tak dapat nak follow life planner tu.
But At the end, aku milik Allah. Segala-gala yang aku dapat, semua Allah yang bagi. Kira dah memang tahap bersyukur sangat2 dah. At least hidup jugak aku ni. Jadi orang juga. Dapat sambung study, ada kerja, dapat pegang duit sendiri, bagi duit kat family. Alhamdulillah.
I look out to get my life better day by day. Lagi dekat dengan DIA.Buat apa yang aku suka. Explore everything selagi ada peluang. Jadikan hidup aku lagi bermakna. Even aku tak tahu macam mana nak buat tu. Yang aku tahu, dalam aku follow the flow ni, aku mesti dan wajib buat sehabis baik untuk setiap perkara yang hadir dalam hidup aku. Contoh, kerja. Buat sehabis baik dalam kerja. Even tak dapat APC pun takpe asalkan kita tahu tahap macam mana kita kerja tu. 💪💪.
Dan sekarang I am on my way to pursue my degree. Course sangat berbeza dari Diploma. Huhu. Its okay what belajar benda lain. Kan kan kann. I want to further my study and knowledge. Aku memang pelik. Suka rojak kan semua benda. Kalau kawan2 lain maybe dorang further study in the same course time diploma. But not me. InsyaAllah lagi 3 tahun habis Degree. Then aku nak sambung Master+PhD terus kat oversea. InsyaAllah. Kenapa pilih oversea? Sebab aku nak tahu perspective orang luar dalam course aku ambik ni macam mana. Sebab sistem dan cara belajar dorang mungkin tak sama dengan kita. Haa. So thats why laa.
Tolong doakan aku berjaya dunia dan akhirat. Doa yang baik-baik. Fikir yang baik-baik. InsyaAllah yang datang pun baik-baik.
Enjoy and live the life guys.
Hidup ni sekali je. Kejar dan kecapi apa yang selagi boleh. But still perlu ingat, Allah tu sebaik-baik perancang. Jangan mengeluh kalau tak dapat apa yang kau nak. Ada hikmahnya tu.
Look out for better life day by day. 😊
Yeah! You can do it. 💪❤
Saturday, March 24, 2018
Cari yang kotakan janjinya
Untuk setia dengan kau.
Yang boleh terima
Sebaik-baiknya kau
Dan
Sejahat-jahatnya kau.
Yang ikhlas sayang dan cinta kau
Tanpa syarat.
Orang macam ni one in million dan
Dialah yang sering ditinggalkan serta diputuskan.
Jika kau jumpa orang macam ni banyak kali, memang tuah kau la tu.
Sorry
I am so sorry that I am not good enough for you.
Aku ni biasa-biasa je.
Banyak cacat celanya.
Tegur aku andai aku tersilap.
Maafkan aku bila aku sungguh-sungguh minta maaf dengan kau.
Jangan siniskan kata maaf aku
Sebab tu memang jauh dari lubuk iman aku.
Andai aku tersilap,
Aku tak kisah kau maki aku
Tapi satu hal yang aku nak kau tahu
Penjelasan aku tu benar
Bukan penipuan semata.
Aku minta maaf
Sunday, March 18, 2018
Wednesday, March 14, 2018
Sunday, March 4, 2018
Sunday, 4th March 2 0 1 8
Tak sangka dah umur 24. Huhu. *nangis jap* sebabb da makin tuaaa. Haha. Tapi tu la. Tak rasa pun macam da 24. Still lagi perasan baru umur 21. Baru abis diploma. Haha.
Selama 24 tahun Allah pinjamkan hidup ni kat aku. Seriously aku tak tahu apa yang dah aku capai dalam hidup ni. *sedih*.
Membazir masa ada lah. Kejayaan tak seberapa pun aku capai. Rasa menyesal pun ada. Sebab suka sangat main-main. Tak fikir ke depan. Ibadah apa tah lagi. Sobbssss!
So korang. Buat adik-adik terutamanya, please jangan bazirkan masa. Jangan sia-siakan masa yang Allah dah pinjamkan untuk kita. The reason why Allah still panjangkan umur kita is not to kita main-main, enjoy sakan, buat music geli-geli, ootd ikut trend & so on. Sebab utama nya ialah untuk bagi masa kat kita buat perkara yang berfaedah, yang boleh jadi aset untuk kita di akhirat nanti.
Bagi aku. Paling penting sekali selain daripada ibadah, kita perlu berbakti pada ibu bapa & family kita. Family is everything. Tu darah daging kita. Why not buat baik-baik dengan dorang. Spend time dengan dorang. Yaa. Still going out with friends tu pun bagus. Eratkan silaturrahim but in the mean time, jangan lupa adik beradik kita & mak ayah kat umah. Sekali sekala balik lah (kalau duduk jauh). Pergi bercuti dengan family. Ataupun buat family gathering kat rumah. Lagi banyak pahala taw bila kita berbakti dengan keluarga. After all. It helps love to grow. Mak ayah pun happy bila anak-anak balik. Meriah je rumah. Bukan hari raya je. Hari-hari lain pun sama.
Bila da umur makin meningkat ni, memang rasa sangat-sangat family tu penting. Nanti kau mati esok-esok pun, orang akan hantar kau balik kat rumah mak ayah kau juga. Kebumi pun kat kampung kau jugak.
Tak kisah sejauh mana kau terbang, please come home.
:-)
Okey la. Tu je cikyue nak bebel. Nampak macam tergantung sepi je bebelan ni kan.
Korang fikir laa ending dia camne.
Byee. Assalamualaikum. ❤
Monday, May 16, 2016
About Guys
Friday, January 22, 2016
Impian CikYue
Semua orang mesti ada Impian dan Matlamat masing-masing kan? CikYue pun sama:-)
Apa Beza Impian dan Matlamat?
Impian ni ialah cita-cita secara Umum. Contohnya:
"Saya nak jadi Doktor:
"Saya nak ada Rumah Besar"
"Saya nak pergi melancong"
Faham ke faham?
Kalau Matlamat pula lebih spesifik. Contohnya:
"Pada hujung tahun2016, saya sudah ada sebuah rumah dan sebiji kereta."
"Pada bulan 3, sales saya mesti 10k"
Nampak ke nampak?
Sila angkat tangan. :-D
So, Cikyue nak berkongsi dengan korang antara Matlamat cikyue. Tolong Aamiin kan taw. :-)
- Bulan 3 nanti nak launch NiqabisByEzzra. Aamiinn:-)
- Setiap bulan harus tambah GAP RM100 . Aamiin
- 10 K sales pada bulan 3. aamiinn
- Hujung Tahun ni, bulan 12,, ada Sebiji Rumah dan Kereta :-) Aamiin
- Hujung Tahun ni juga, dapat bawa family pergi umrah. Insyaallah Amiin
- Kahwin sebelum umur mencecah 23 tahun:-).Aminn. sebab sekarang dah 22 tahun. huwaaa
- Ada BoutiqueCafe sendiri.Aamiinn
- Ada produk sendirI. Aamiinn
- Dapat khatam al-quran lagi sekali bulan ramadhan ni. Insyaallah Aamiin
- Insyaallah, nak full time niqabis:-)
- Fb: Ezzra Ezani
- IG: hezzraezanilabel
Tuesday, September 22, 2015
***SeLaMAt hArI RaYA aIdiLAdHA ***

