Monday, December 11, 2023

Entering my 30 series and letter for my future 40s ~~

2023- I'm 29 years old
and soon, 2024, I will officially gonna be 30 series young girl. 

Actually tak tahu nak tulis apa, nak react macam mana sekarang ni. Perasaan tu mixed feelings. Semua rasa ada. Syukur masih dipanjangkan umur sampai hari ni. Age is just a number. 10 tahun yang dulu rasa berdebar sebab nak menginjak umur 20. Time tu memang eager, excited plus takut-takut nak teroka dunia baru. But overall Alhamdulillah, I passed it with flying colours. Gituhhh

20 tahun - 29 tahun ni, macam-macam aku belajar tentang kehidupan, kenal diri sendiri, tentang orang sekeliling, tentang apa itu takdir, kenapa kita diberi ujian dan pelbagai perkara baru aku dapat belajar. Betul lah, hidup ini nikmat dan tidak sia-sia. Allah bagi kita hidup, Allah ciptakan dunia ni bukan saja-saja tapi ada hikmah untuk setiap hambanya belajar.

Satu perkara yang aku dapat hikmah selama Allah panjangkan umur aku hingga hari ini ialah, Setiap ujian yang datang, setiap perkara yang kita takut nak hadapi, tu semua akan berlalu pergi, itu semua akan selesai juga. Jadi jangan takut, jangan rasa give up kalau kau ditimpa ujian besar atau kecil, jangan takut untuk hadapi apa yang ada depan mata, sebab semua tu akan settle juga. The heavy clouds surely pass. So, hadap je.

Dalam hidup ni juga, kau jangan bergantung terlalu kuat pada orang, jangan overly attach, be independent, berani buat keputusan, berani bergerak sorang-sorang. Kalau kau tak pandai berdikari, memang orang akan tinggal kau dan kau takkan mampu nak bangun berdiri lagi. Kalau macam aku, aku sedaya upaya pertahankan wall yang aku bina. Untuk kebaikan diri sendiri. Tapi bukan bermaksud sampai aku tak ada social interaction langsung. Tak. Aku still berkawan dengan semua orang, cumanya dari segi emotional attachment tu aku cuba kurangkan. Berkawan dengan semua orang, tapi tak semua tu bff. Faham tak? Bukan kita ni hipokrit. Cuma lebih memilih dengan siapa kita nak meluah cerita, dengan siapa kita nak menangis, kecilkan circle bff supaya tak tersalah pilih tempat bercerita dan supaya kita tak overly attach. 

Then, aku juga belajar untuk berani buat perkara baru. Actually part ini, aku bersyukur aku diberi ujian "heartbroken". Hahaha kalau tak kerana putus cinta, tak adanya aku akan jadi seorang CikYuyu seperti sekarang. You know what. Disebabkan putus cinta lah aku naik gunung. Terjebak dalam dunia hiking. Aku actually memang suka buat benda-benda lasak, tapi sebab ex tak pernah ajak hiking, so tak ada lah pergi hiking. Dia suka ajak aku jogging je. Aku tak suka jogging. Until now. Tapi kadang-kadang tu jogging la jugak untuk maintain stamina supaya tak semput nak hiking. 

Apart from that,banyak lagi perkara baru aku cuba and banyak new characteristic yang aku tanamkan dalam personaliti aku. Aku lebih berani keluar memana sorang. Sampai ada wishlist nak gi mana sorang-sorang. Yang paling bangga aku pergi weekend gateaway sorang kat Langkawi. It was soooo amazing gais. Aku happy gila! Luckily aku dapat parents yang sangat supportive. Restu dan doa makayah tu penting weh untuk pastikan kau selamat kat tempat orang. huhuhu. So now, aku tengah plan nak solo travel ke luar pulak. Dalam kepala rasa macam nak pergi Vietnam. Solo travel satu vietnam tu. Haaa. Insyaallah lagi 2 tahun. Nak cuti sebulan, so duit kena banyak lah kan. Sabajap ehh kita nabung dulu sisturrr.

Tak lupa juga, jatuh cinta pada orang baru. hahahahah. Ye aku tahu cringe gilerrr kan. hahah tapi takpe tu normal lah. Maksudnya aku ni still terbuka hati untuk kenal orang baru, keluar dengan orang baru dan aku bukan benci semua lelaki. Haaaa. Aku still lagi seorang perempuan yang emotional stable dan tak anggap lelaki semua sama. Hhahahah. Bab perasaan ni aku belajar yang perasaan tu tak boleh dipaksa. Kadang kita suka dia, tapi dia tak suka kita, dia suka orang lain. So kita mampu crush dalam diam je lah. Ataupun ada orang suka kita, tapi kita pulak yang anggap dia tak lebih dari kawan biasa. huhuhu. Dan ada juga, at first kita rasa dia kawan biasa je, lepas kita dah reject dia, baru sedar yang kita pun ada perasaan suka kat dia but dah tak boleh buat apa, sebab dia dah gone, dah move on. Haaa padan muka ekauuu. hahaha. So kita guna lah ayat, tak ada jodoh, untuk sedapkan hati. huhu. 

Entahlah, aku ni kadang rasa selesa single, tak ada commitment, tak perlu nak jaga hati sesiapa, boleh keluar sana sini tanpa perlu nak inform sesiapa, boleh lepak dengan kawan lelaki suka hati je tanpa perlu nak hadap boyfriend jealous ke marah ke. Tak perlu nak reply text, on the phone setiap malam. Aku rasa rimas. But somehow, aku teringin juga nak ada someone to talk, someone to gaduh and 5mins later gelak sama-sama sebab lawak bodoh, someona yang have same frequency dengan aku, yang suka layan aku hiking, camping, pergi melagha but at the same time, yang ada tujuan untuk perbaiki diri, ilmu dunia, ilmu akhirat sama macam aku. Entahlah. Aku tengok orang lain senang je jumpa pasangan yang sesuai, tapi aku ni haishh susah betul. Kadang dah jumpa depan mata, tapi orang tu tak suka aku. Tanpa perlu aku confess pun dah tahu dia tak suka aku, aku bukan taste dia. Tengok-tengok dia dah tunjuk girlfriend dia. huuuuu sedih betul. Ada yang datang cakap suka aku, tapi aku baru reject sekali, dah give up, dah hilang begitu saja.. Hmmmm. Kita nak tengok usaha dia. Aku berharap gini jelah, moga one day ada yang datang terus cakap "jom kawin, aku nak kawin dengan kau". gituh. Tapi of course lah seseorang tu mesti orang yang aku berkawan, but strangers memana hala jee. Aku tak desperate macam tu, aku cuba berharap antara orang-orang yang aku berkawan tu adalah yang serius nak bina masa depan untuk layan karenah aku sampai tua. Gitu. Simple je. Tapi tak berharap, kalau ada, adalah. Kalau tak ada, aku no hal. Aku tetap akan jadi single crazy rich aunty who rarely come home and travel here and there. 

Panjang betul bebel. So conclusionnya,

Moga diusia 30 series, aku dapat jalani kehidupan dengan lebih baik, lebih bahagia. Jalani hidup dengan tenang, seadanya, jangan berhenti meneroka, jangan berhenti berpetualang, kejar cita-cita yang bermanfaat, moga aku dapat terus berbakti pada keluarga dan mereka yang sayang aku, dan moga aku juga dapat bagi kasih sayang pada orang-orang yang sayang aku. Tu je. Moga lancar segalanya untuk aku. Moga selepas ini semua takdir-takdir yang membahagia saja yang hadir. Aamiiinn. Jumpa lagi 10 tahun akan datang. Moga dipanjangkan umur, Aamiinn

Dear 30's Nuyu,
kau dah berjalan jauh untuk sampai ke hari ini, segala kebahagiaan, kesedihan, hancur yang kau rasa sebelum ni, menjadikan kau yang hari ini. Remember how tough it is for you to become HER, like today. :)

Dear my future 40's Nuyu,
I'm really sure kau dah dapat capai cita-cita kau sekarang dan hidup bahagia seadanya. 

Wondering dah berapa banyak negara, tempat kau travel? Berjaya tak solo travel ke Vietnam? Are you still hiking rn? or kau melepek duk rumah je sebab lutut dah longgar? hahaha. ataupun busy jaga suami dan anak, jadi isteri solehah gitu. Tapi kita berjaya kawin eh? Lelaki bertuah mana la tu yang dapat kawin dengan kau kan. Susah tahu nak handle seketul Nuyu ni. Aku harap kau kawin dengan lelaki yang bertanggungjawab, tak panas baran, yang sayang kau sangat-sangat, yang willing to do anything for you, yang sabar di tahap tertinggi, yang support kau, jadi bff kau dan yang penting dapat bimbing kau. Moga juga kau dapat family mertua yang sayang kau macam family sendiri. I know that we both tak suka topik kawin ni. But yeah, aku tak tahu apa yang akan jadi dalam masa 10 tahun ni. Maybe kita kawin or maybe not. Nanti update keh

Career kau macam mana? I bet kau dah berjaya jadi Registered Counsellor dan dah ada counselling clinic sendiri. Run a service for those who's needed for counselling in mental health, relationship and sort of. Kau mesti active bagi talk here and there. Bagi seminar on mental health and art therapy class. Fly high my dearest Nuyu!! I'm rooting on you. PHD kau tengah on the way or kau dah pegang title Dr sekarang? 

DR EZZRA EZANI, Registered Counsellor in Mental Health, Art Therapy certified and HRDF certified. 

Hebat kan bunyi nya. But kau kena ingat ya, title tu bukan sekadar title. Tujuan utama kau ialah nak give back to society, ada something yang valuable kau nak sampaikan kepada semua orang. So stay humble, stay true and keep on spread something beneficial to others. Ini lah ladang pahala dunia akhirat kau Nuyu. Bear this in your mind!

Aku harap kau berjaya sambung study oversea. UK ke Edinburgh ke. Kita dah jejakkan kaki ke Edinburgh dah? Dulu kan selalu berangan nak study sana sebab suka vibes kat sana and nak explore bookstores sana. Hopefully kau dah berjaya bawa kita pergi menetap di Edinburgh :) walaupun tak lama.

Okay next pasal rumah kau. Best tak dapat rumah view KLCC?? Kau kan nak acah terpaling healing duk kat balcony sambil minum kopi dan mengadap suasana KL. Sambil tengok KLCC nun di kejauhan. Mesti mama papa selalu datang rumah kau kan. Yela papa dah pencen, so ada masa nak jalan-jalan KL. Adik-adik, kakak and family yang lain pun kalau nak datang KL boleh je lepak rumah kau. Akhirnya impian Nuyu nak jadi orang KL berjaya. hahaha. Tapi jangan lupa kau punya plan nak buat cafe tepi sungai kat kampung tu. Cafe+books cafe+ workin space. Ni future plan kita. Aku harap kau dah ada progress untuk plan ni. At least dah ada modal. 

Weh buku wehhh! Aku lupa. Umur 30 tahun akhirnya kita berjaya terbitkan buku Rasa Yang Bertanda. Buku pertama yang penuh dengan pelbagai himpunan luahan rasa serta travelog hiking kita. So by umur 40s ni kita dah ada berapa buah buku? or itu je buku first and last?? or kita dah jadi macam Hlovate dan Teme Abdullah?? Famous and legend author. Buku kita dah berjaya masuk MPH and others bookstore tak?? Pesta buku PBAKL dapat jadi bestseller tak? Kau dah join meet and greet ke?? Famous macam Teme Abdullah tak weh?? Hhahaha

But one thing for sure, aku harap buku kita tu dapat bagi something kat readers. Bagi knowledge, buka new perspective and jadi motivation untuk readers. We don't write and sell rubbish, we give values for our book readers. Setebal-tebal buku tu, hopefully at least ada satu benda yang pembaca dapat pegang and jadikan learning tips. Harapnya. Sampaikan ilmu yang baik-baik ni pun salah satu ladang pahala kau Nuyu. :)

Kau dah dapat rumah idaman kau, kau dapat buat kerja yang kau suka dan paling best, kau dapat travel banyak tempat dah. 
Live your life to the fullest. Say thanks to your younger self, sebab kalau dia give up, mesti kau takkan berada di mana kau ada sekarang. Bersyukur dengan apa yang berlaku, bersyukur dengan apa yang kau dapat. I love you Nuyu and I'm proud of you !!! Fly high, kau dah tempuh bermacam benda untuk sampai ke hari ini. Jangan give up okey :)

Love,
Nuyuu
(2138hr @ 11/12/23 @ 29y/o)


Saturday, June 26, 2021

Rasional dalam memilih pasangan

Be Rasional 
adalah sesuatu yang paling susah untuk dibuat. Emotional will comes first then baru la rasional. Betul tak? 

Dalam setiap keputusan dalam hidup kita, sangat-sangat memerlukan kita untuk jadi rasional dalam mempertimbangkan segala keputusan yang akan dibuat. Kenapa? Sebab, setiap keputusan itu akan memberi kesan yang besar bagi diri dan kehidupan kita.

Dulu aku memang bukan seorang yang rasional. Lebih banyak ikut emosi dari berfikir dengan jelas. Lepas dah buat tu baru menyesal. Hahaha. Tula buat tak fikir betul-betul. Memang mendapat la kan.

Sejak aku follow kelas Kak Kay (Kamalia Kamal) dan beberapa pakar yang lain, then baru aku start jadi rasional. Ini semua bermula lepas aku heartbroken. Huhuhu. Betul la orang cakap, setiap yang berlaku tu ada hikmah dan pengajarannya. 

Serius aku cakap, lepas je aku habis menangis dan lepaskan segala kekecewaan dan menangis sepuasnya, aku rasa lega sangat-sangat dan paling terkejut ialah aku cepat gila boleh move on without any feeling left! Serius tak ada langsung perasaan sayang ke apa benda yang berkaitan, TAK ADA LANGSUNG wehhh. Aku tak tahu la hilang ke mana. Hahaha. Tapi serius aku cakap memang dah takde perasaan langsung kat dia. Sebab aku dah set dalam otak aku untuk jadi RASIONAL, DON'T ATTACH & LOVE YOURSELF MORE. 

Aku rasional sebab aku dah ingatkan diri aku, jangan pedulikan lelaki yang tak hargai kita, yang tak melengkapi diri kita. Aku sekarang sangat memilih dalam mencari bakal suami. Aku sangat menilai ciri-ciri diri seseorang lelaki tu sebelum aku masukkan dia dalam list calon. Dan aku tak terapkan perasaan suka sebab aku taknak attach dengan mana-mana lelaki. 

Kalau dulu, kita ini seorang yang overly attach. but sekarang, tidak lagi. Lantakla hang la nak jadi apa pun. Aku tak kisah pun. 

Aku ada banyak benda nak kejar. Tu lagi penting dari habiskan masa dan tenaga aku duk fikir pasal sesuatu yang aku tak boleh control. Relationship ni memerlukan komitmen dua orang, kalau seorang je yang komited,baik tak payah ada hubungan.Betul tak?

Bercinta ini memang mengajar aku untuk ada perasaan.
Tahu tak rasa apa?
Rasa buang masa.

Jadilah seseorang perempuan yang RASIONAL dalam memilih pasangan hidup. Jangan pilih atas dasar SUKA, NAFSU semata. Tolong pandang ke depan. Carilah seseorang yang boleh menjadi leader dalam rumahtangga.

Saturday, June 19, 2021

Bilamana..

 Bilamana aku suarakan

Aku tiada masa

Ketahuilah

Kau bukan prioriti aku lagi.

Jika diam aku

Buat engkau tercari

Ketahuilah

Kau tiada lagi penting bagi aku.

Bila engkau 

Tidak ku cari 

Setiap hari

Ketahuilah

Hati ini telah mati.


THE END-

ezzraezani

19062021

Positivity !

 If you want to be really happy,

Give THANKS.

That's the secret.

Happy people are grateful people.

So spend time in gratitude

Spend time in intention

And expectation

For what a great day

Today is going to be.

Feed your mind with something positive

Read or listen to something uplifting

Something that will grow 

Your mind and spirit

You attract your intentions

You attract your beliefs

You attract what you feel

So, GET UP !

And feel good.

-ezzra ezani-

19062021

Wahai Diri- Hati ibarat Gelas

 Wahai Diri

Sentiasalah bangkit bertemu hari esok

Dalam kegigihan dan kekuatan tak bertepi

Berbekal secebis semangat yang tertipis

Melangkahlah dengan yakin.


Wahai Diri, 

Sentiasalah jaga hatimu,

Hati itu ibarat gelas,

Sentiasa penuhkan dengan kecintaan terhadap Dia,

Agar tidak diretakkan sewenangnya oleh manusia. 


-Ezzra Ezani-

190621

2336

Friday, May 4, 2018

Thanks for labeling me like that.

"Perempuan murahan"


He said.

Buat apa cari yang setia tapi ada perangai yang dia tak suka.

Now i know,, kita tak setia takpe, asalkan ada perangai yang dia suka.
Be loyal nomore.

Urmm
Maksudnya boleh ada skandal la kan? Owh.okey.
Noted.